22 December, 2011

#3 - 20.11.2011

assalamualaikum..

                                                            
ada apa dengan 20.11.2011???? kalau nak tau pd tarikh tersebutlah wawa secara rasminya bertukar status menjadi tunang kepada SPS dengan sekali lafaz perbincangan sahaja. memacam dugaan yang dtg sebelum majlis. tp alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

kat sini wawa ceritakan serba sedikit pasal preparation sebelum majlis tunang ok.

1. kebanyakan benda semuanya adalah DIY - ( mini dais, hantaran, goodies bag even ny baju ) - nanti wawa review 1 1 ok!! :)
2. just majlis tunang yg sgt simple - keluarga terdekat both side dan juga 4 org my bff - ( 2 org kwn dr skool, 2 org dr zaman kolej )
3. tiada khemah & juga catering. semua di masak sendiri, kiranya air tangan my mak lah ++ makcik & saudaramara yg lain.
4. banyak ceritera sedih before hari tunang - ( adengan pusing sepang ke banting ke batu laut hanya kerana buah naga, makeup yg k.o, baju yg rosak, mini dais yg hampir kecundang)
5. majlis yg mengingatkan wawa kat arwah atok - sbb atok dah cakap awal yg majlis wawa atok takkan sempat dtg.. sedihhh :(

lagi satu yg best pasal majlis tunang wawa dengan SPS ni, ikatan kita org telah menyatukan kembali beberapa insan lah.. kiranya mcm segmen jejak kasih lah. kalau ikutkn kita org ni ada pertalian persaudaraan taw!!! teeeettttt!!! nanti ada masa wawa cerita ok. tp kat majlis wawa & SPS pakcik wawa ( pak anjang ) telah bertemu kembali kawan baiknya, pakcik SPS ( pak teh ) .
macam tuh jugak mak wawa, apabila bertemu kembali dengan kwn sekolah ( makcik SPS ).. dan juga nenek SPS sibuk bercerita dengan makcikpakcik wawa ttg zaman nenek SPS & juga arwah nenek wawa dulu...- ( AL FATIHAH utk arwah atok wawa & SPS & juga arwah nenek )

ok!! kekadang kelakar juga ingat cerita time tunang.. tp wawa hargai sgt segala usaha tenaga kudrat yg da di berikan oleh semua org.. tq kepada yg sponsered & juga meraikan majlis tunang wawa tempuh hari.

akhir kata semoga ikatan pertunangan ini akan berkekalan & melewati ke ikatan yg seterusnya - AMIN -
YA ALLAH jika benar aku di ciptakan dr rusuk kirinya, satukanlah kami dengan satu ikatan pernikahan yg sah, jika dia hanya persinggahan bagiku sebelum menemui asal ciptaan ku, kau jauhilah kami tanpa sebarang persengketaan. AMIN-




- wawa - 

No comments: